Kampung Guntong telah diterokai kira-kira lebih seratus tahun lalu iaitu pada pertengahan tahun 1860. Nama asal GUNTONG adalah apabila kampung ini diserang orang-orang Medahiling dari Sumatera. Penduduk-penduduknya melarikan diri ke Gaung Guntong dan dari situlah nama Guntong di beri.
Kampung Perlok diterokai oleh orang-orang kampung Guntong kira-kira tahun 1935. Nama asal PERLOK di ambil daripada sebatang sungai yang dipenuhi lolok(Lumpur), kini kampung ini dikenali sebagai Kampun Perlok Lama.
Ketika Darurat memuncak pada tahun 1950, Kampung perlok lama telah di serang oleh Pengganas Komunis. Pada tahun 1951, kerajaan telah mengarah penduduk kampung berpindah ke Kampung Perlok Baru di tapak tanah yang di beli oleh kerajaan dari seorang Ceti.Kerajaan telah memberikan penduduk kampung tapak rumah 60 kaki x 90 kaki dan di kenakan bayaran serta cukai tahunan.