GEMS bersama Penduduk-Penduduk Kampung



Program Khidmat Masyarakat GEMS bersama Penduduk Kampung, bertempat di Sekolah Kebangsaan Perlok, Sungkai, Perak. Antara aktiviti-akviti yang dijalankan bersama penduduk kampung ialah Gotong-Royong Memasak, Program Penerapan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains, Pelancaran blog, Lawatan rumah ke rumah, Sukaneka & Bola Sepak, dan aktiviti menoreh getah.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim peserta GEMS dan penduduk kampung disamping membantu menjana ekonomi penduduk setempat.

Aktiviti-aktiviti Penduduk Kampung 2009

Persatuan Bola Sepak Veteran





Pasukan Bola Sepak ini terdiri daripada penduduk-penduduk veteran kampung.

Kegiatan Ekonomi Penduduk



Tanaman
  • Sawit
  • Dusun
  • Getah

Ternakan

  • kerbau
  • lembu
  • kambing

Industri Kecil

  • Keropok Lekor
  • Karipap Segera/kering
  • Kerisik
  • Mee






INFORMASI PENDUDUK


Parlimen : Tanjung Malim
Dewan Undangan Negeri : Behrang
Daerah /Jajahan/ Bahagian : Batang Padang, Tanjong Malim (bahagian)
Mukim/Daerah : Sungkai

BIL.PENDUDUK : 987 org
BIL.RUMAH : 216 Buah

KELUASAN KESELURUHAN KAMPUNG : 10,122 Ekar


Sejarah Kampung Guntong/Perlok

Kampung Guntong telah diterokai kira-kira lebih seratus tahun lalu iaitu pada pertengahan tahun 1860. Nama asal GUNTONG adalah apabila kampung ini diserang orang-orang Medahiling dari Sumatera. Penduduk-penduduknya melarikan diri ke Gaung Guntong dan dari situlah nama Guntong di beri.
Kampung Perlok diterokai oleh orang-orang kampung Guntong kira-kira tahun 1935. Nama asal PERLOK di ambil daripada sebatang sungai yang dipenuhi lolok(Lumpur), kini kampung ini dikenali sebagai Kampun Perlok Lama.
Ketika Darurat memuncak pada tahun 1950, Kampung perlok lama telah di serang oleh Pengganas Komunis. Pada tahun 1951, kerajaan telah mengarah penduduk kampung berpindah ke Kampung Perlok Baru di tapak tanah yang di beli oleh kerajaan dari seorang Ceti.Kerajaan telah memberikan penduduk kampung tapak rumah 60 kaki x 90 kaki dan di kenakan bayaran serta cukai tahunan.